Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dan Selamat Datang Ke Laman Web KOSWIP |
Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih diatas penghormatan untuk memberi kata kata aluan dalam laman web KOSWIP ini. Alhamdullilah syukur ke hadrat Allah SWT kerana pihak pengurusan berjaya melaksanakan sedikit perubahan dalam laman web ini yang kini berwajah baru dengan semangat yang baru yang diharapkan sesuai dengan aspirasi slogan yang diperkenalkan “KOSWIP ERA MAJU”. Adalah menjadi hasrat dan harapan pihak pengurusan untuk menjadikan laman web KOSWIP dapat dimuat turun dengan pantas, mempunyai carian yang padat,mempunyai paparan informasi yang segera dan maklumat terkini dan juga mempunyai ciri-ciri interaktif serta mempunyai perkara yang menarik untuk menarik pengguna ke laman web ini. Ianya juga di harap dapat menjana sedikit pendapatan hasil jualan iklan kepada anggota KOSWIP atau orang ramai yang berhasrat untuk mengiklankan produk perniagaan mereka dengan menyewa ruangan iklan di laman web ini. Pihak pengurusan sedaya upaya untuk mengemaskini maklumat maklumat yang berkaitan dengan KOSWIP dan memastikan laman web ini menjadi alat perhubungan antara anggota dengan anggota dan antara anggota dengan KOSWIP serta mesra pengguna. Saya amat mengalu-alukan maklumbalas daripada anda untuk terus memperbaiki mutu perkhidmatannya. Sila kemukakan aduan, cadangan atau pertanyaan anda melalui email yang disediakan di laman web ini. Saya mengharapkan agar laman web ini dapat dikunjungi oleh setiap anggota-anggota KOSWIP walau dimana berada. Akhir kata saya mengucapkan salam hormat dan terima kasih kepada semua pengunjung laman web KOSWIP.
RANUA BIN KITLI
|
PROFIL KOSWIP
KOPERASI KOSWIP MALAYSIA BERHAD
NO 66 JALAN PADANG BELIA
OFF JALAN TUN SAMBANTHAN
50706 KUALA LUMPUR
TEL : 03-22735422 fAKS :03-22722172