Soalan Lazim Paling Kerap Ditanya
» Bagaimana cara untuk saya menjadi anggota KOSWIP?
Untuk menjadi anggota, hendaklah berkhidmat di jabatan kerajaan atau badan berkanun yang mempunyai potongan melalui Biro Angkasa ataupun melalui majikan dan borang keanggotaan hendaklah dilengkapi sepenuhnya.
» Apakah kelebihan menjadi anggota KOSWIP?
Antara kelebihan menjadi anggota selain dari menabung dan membuat pinjaman, anggota juga dapat menikmati kadar dividen yang tinggi setiap tahun, bantuan pendidikan kepada anak-anak anggota, bantuan kebajikan kepada anggota yang ditimpa musibah dan khairat kematian.
» Berapakah had maksima pinjaman yang dikeluarkan oleh KOSWIP?
Had maksima untuk Pembiayaan Bai' Al-Inah ialah sebanyak RM 50,000.00 . Bagi pembiayaan Al-Murabahah sebanyak RM 7,000.00 dan untuk pinjaman Al-Qardul Hassan sebanyak RM 3,000.00
mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
» Berapa lama masa yang diambil untuk proses pinjaman?
Kebiasaannya mengambil masa tiga hingga lima hari bekerja bergantung kepada syarat yang telah dipenuhi oleh pemohon.
|