![]() |
Pada masa dahulu kakitangan kerajaan yang menghadapi kesusahan dan kesempitan hidup ekoran dari penerimaan gaji bulanan yang rendah akan mengadu nasib dengan meminjam wang daripada ceti-ceti haram dan pihak yang berkuasa yang sering mengambil kesempatan.Mereka ini merasa ditindas oleh ceti-ceti haram dan pihak yang berkuasa tersebut. Ekoran itu segelintir kakitangan kerajaan terdiri dari kaum India kebanyakannya telah bersepakat dan membuat keputusan untuk menubuhkan koperasi. Lantas koperasi ditubuhkan pada tahun 1922 dibawah naungan British bagi membendung masalah yang dihadapi oleh kakitangan kerajaan yang ditindas oleh ceti-ceti haram dan pihak-pihak yang berkuasa. Setahun kemudian Koperasi Koswip Malaysia Berhad juga telah didaftarkan pada 27 Julai 1923 . Nama asalnya 'The Selangor Government Servant Cooperative Thrift And Loan Society Limited" dengan nombor pendaftaran 4/1923 dan menghadapi beberapa kali pertukaran nama seiring dengan masa dan kehendak pada ketika itu. Perubahan nama buat kali keduanya berlaku pada tahun 1964 dengan nama "Syarikat Berkerjasama-sama Jimat Cermat dan Pinjaman Wang Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor Tanggungan Berhad" dan sekali lagi bertukar nama pada tahun yang sama (1964) kepada nama "Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor Tanggungan Berhad".Pada 19 April 1996 nama koperasi ditukar lagi kepada "Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Berhad" atau dengan nama lain ialah Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad dan ini kekal sehingga kini. Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad merupakan salah sebuah koperasi tertua yang ditubuhkan di Negeri Selangor di bawah Undang-undang Negeri Melayu Bersekutu bagi syarikat kerjasama tahun 1922. Usia KOSWIP setahun lebih muda jika dibandingkan dengan penubuhan gerakan koperasi. Dahulunya koperasi KOSWIP Malaysia Berhad beroperasi untuk kakitangan kerajaan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dan diperluaskan ke Wilayah Putrajaya dan kini ke seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. a) keanggotaan sukarela dan terbuka
|
|||||||
|
|||||||
Selamat Datang ke KOSWIP
PEMBIAYAAN |
||||||||||||||||||||||||||||||
PERKHIDMATAN LAIN |
||||||||||||||||||||||||||||||
|




