![]() |
Terlebih dahulu sudut personaliti merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Fadzil b. Ayub yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 3.38 pagi, 8 Mei 2010. Allahyarham telah dilahirkan di Muar, Johor pada 9 Februari 1957. Allahyarham telah mendirikan rumahtangga dengan Pn. Noressah bt. Noordin pada 4 Ogos 1985 dan telah dikurniakan 3 orang cahayamata. Allahyarham telah mula berkhidmat di KOSWIP pada 3 Mac 1976 sebagai Pelayan Pejabat. Pada 1 Mei 1980, Allahyarham telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kerani Rendah, kemudian pada Julai 1986 Allahyarham sekali lagi telah dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Kerani Rendah. Allahyarham merupakan seorang kakitangan yang begitu komited terhadap tugasnya dan merupakan seorang yang pendiam. Susulan dari hasil kerja yang memuaskan pihak pengurusan telah menaikkan pangkat Allahyarham sebagai Ketua Kerani pada bulan Ogos 1999 dan pernah dianugerahkan sebagai Pekerja Cemerlang bagi bulan Mac 2009. Allahyarham telah berkhidmat selama 34 tahun di KOSWIP. Seluruh warga KOSWIP tetap akan mengenang jasa-jasa Allahyarham, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan soleh.Al-Fatihah.. |
| ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG KOSWIP 2009 |
![]() |
||
Mohd Ghazali b. Ismail |
||
![]() |
||
V.A Aruelselvam |
||
Selamat Datang ke KOSWIP
PEMBIAYAAN |
||||||||||||||||||||||||||||||
PERKHIDMATAN LAIN |
||||||||||||||||||||||||||||||
|


