STATISTIK menunjukkan bahawa lebih ramai golongan wanita menjadi anggota berbanding lelaki dari jumlah keseluruhan anggota KOSWIP. Pihak anggota Lembaga begitu prihatain dengan senario ini lalu menubuhkan Jawatankuasa Biro Wanita KOSWIP yang pertama pada 28 Mei 1999 melalui keputusan mesyuarat lembaga dan demi menyahut seruan dari pelbagai pihak termasuk JPK pada ketika itu dan ANGKASA. Penubuhan Biro Wanita ini adalah langkah pertama bagi memberi peluang kepada anggota untuk bergiat dengan KOSWIP demi kemajuan koperasi. Dahulunya jawatankuasa Biro wanita KOSWIP dipertanggungkawabkan sebagai tulang belakang anggota Lembaga dan selain itu untuk membantu memajukan anak syarikat Koperasi KOSWIP pada ketika itu iaitu KOSWIP Trading Sdn Bhd dan KOSWIP Travel & Tours Sdn Bhd. Kini Jawatankuasa KOSNITA KOSWIP lebih bertanggungjawab bersama-sama mendapatkan seberapa ramai keanggotaan baru KOSWIP. Tujuan utama penubuhan KOSNITA ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama yang lebih erat di antara anggota wanita serta memberi kesedaran tentang kegiatan koperasi dan peranan mereka masing-masing dalam berkoperasi. Disamping itu KOSNITA juga bertujuan untuk melatih anggota wanita menjadi pemimpin koperasi khususnya dan pemimpin masyarakat amnya. Secara umumnya KOSNITA dipertanggungjawabkan untuk menyebar maklumat serta mempromosikan produk-produk koperasi dan menjalankan apa-apa kegiatan yang dapat membawa manfaat langsung dan tidak langsung terhadap koperasi dan sekaligus membantu anggota Lembaga dan pengurusan mencapai matlamat dan wawasan koperasi. |
JAWATANKUASA KOSNITA 2011/2012 |
|---|
PN. ZURAIDAH BT MAT YUSOP |
Pengerusi |
PN. JUWITA BT SHAMSUDIN |
Setiausaha |
PN. ZALIHA BT YUSOFF |
Bendahari |
PN. FATIMAH BT. MOHD TAJRI |
Ahli Jawatankuasa |
PN. FAZIAH BT SELAMAT |
Ahli Jawatankuasa |
PN. LATIFAH BT SAYAT |
Ahli Jawatankuasa |
PN. NORAINI BT MALEK |
Ahli Jawatankuasa |
PN. RAHANI BT SEMAN |
Ahli Jawatankuasa |
PN. SALAMAH BT. ABU BAKAR |
Ahli Jawatankuasa |
PN. THIRUCHELVARANI A/P S.K MURUGIAH |
Ahli Jawatankuasa |
PROFIL KOSWIP
KOPERASI KOSWIP MALAYSIA BERHAD
NO 66 JALAN PADANG BELIA
OFF JALAN TUN SAMBANTHAN
50706 KUALA LUMPUR
TEL : 03-22735422 fAKS :03-22722172
WAWASAN
MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG CEMERLANG, KOMITED DAN BERDAYA SAING
MISI
MENYEDIAKAN KEPERLUAN DAN PERKHIDMATAN KEPADA ANGGOTA DAN MASYARAKAT DENGAN CEMERLANG
FALSAFAH
MEMAKSIMUMKAN MANFAAT ANGGOTA MENGIKUT KEREDHAAN ILAHI