CAWANGAN KOSWIP PUTRAJAYA Sejak Awal penubuhannya pada 17 Februari,2003 Cawangan KOSWIP Putrajaya bukan sahaja bertanggungjawab menitikberatkan kemudahan dan kebajikan anggota, namun pada masa yang sama boleh menyediakan perkhidmatan terbaik kepada setiap anggota. Pihak Lembaga serta Pengurusan amat berkeyakinan Cawangan KOSWIP di Putrajaya berpotensi dan akan terus relevan dalam memenuhi kehendak para anggotanya serta perkhidmatan yang diberikan oleh Koperasi KOSWIP disamping dasar kerajaan yang sememangnya menyokong terhadap usaha murni gerakan Koperasi yang boleh membantu meningkatkan ekonomi, terutamanya golongan yang berpendapatan rendah. Sebagai usaha untuk mengekalkan keanggotaan lama dan menarik keanggotaan baru agar kian serasi dengan KOSWIP, maka perkhidmatan yang terbaik perlu disediakan dengan ‘Cepat dan Tepat’. Lokasi KOSWIP Putrajaya yang strategik dengan pelbagai tawaran kemudahan pinjaman dan kebajikan anggota yang menarik, akan mampu menjadikan KOSWIP Putrajaya sebagai sebuah Koperasi yang berdaya maju. KOSWIP tidak leka didalam memenuhi kehendak anggota dan mengharapkan semua anggota memberikan kerjasama yang tidak berbelah bagi demi keutuhan Koperasi yang tercinta. Oleh itu, setiap anggota khususnya KOSWIP Putrajaya perlulah bekerja bersama-sama demi manafaat bersama untuk memajukan koperasi yang disertai. Sokongan padu dan mempelbagaikan kegiatan yang melibatkan anggota perlu ditingkatkan dari masa ke semasa. Bagi anggota mereka juga boleh memberi sumbangan dari segi tenaga dan buah fikiran didalam memantapkan Koperasi khususnya KOSWIP Putrajaya agar manafaatnya akan terus dinikmati secara berterusan. Bersama-samalah kita untuk ke arah tersebut….. |
Alamat KOSWIP Cawangan Putrajaya :
|
PROFIL KOSWIP
|