No. 33 taman Eastern, Jalan Pantai, Bt 4. Port Dickson, Negeri Sembilan
Koperasi Koswip Malaysia Berhad memiliki sebuah rumah rehat yang terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan. Rumah rehat berbentuk banglo dua tingkat ini mempunyai tiga bilik tidur berhawa dingin (termasuk satu bilik tidur utama) dan tiga bilik air untuk kemudahan penyewa. Terdapat dua ruang istirehat lengkap dengan perabot berserta penghawa dingin dan set TV (astro). Ruang letak kereta yang luas bagi penyewa yang melebihi satu kereta dan keselamatan yang terjamin kerana terdapat pengawal di situ. Kemudahan kelengkapan dapur untuk memasak juga disediakan untuk penyewa seperti peti sejuk, dapur memasak, set meja makan, tempat barbeku dan lain-lain kemudahan. Kedudukan rumah rehat ini sangat strategik kerana berhampiran dengan pantai serta medan selera bagi penyewa yang tidak memasak sepenuhnya. Terdapat juga pasar malam pada malam minggu berhampiran dengan kedudukan rumah rehat tersebut. Rumah rehat ini sedia disewa oleh anggota Koawip dan bukan anggota.
** Setiap penyewa dikehendaki mendaftarkan nama di dalam buku daftar yang disediakan. **Segala kerosakan, kehilangan barang-barang adalah tanggungjawab penyewa dan pihak Koswip akan membuat tuntutan di atas segala kerosakan dan kehilangan barang-barang dan harta benda. ** Setiap keluarga dibenarkan membawa TUJUH ORANG SAHAJA dalam suatu masa, sekiranya MELEBIHI TUJUH ORANG bayaran akan dikenakan sebanyak RM 15.00 SEORANG.
|
|---|
Selamat Datang ke KOSWIP
PEMBIAYAAN |
||||||||||||||||||||||||||||||
PERKHIDMATAN LAIN |
||||||||||||||||||||||||||||||
|