Pada tahun 2010 dan 2011 Bahagian Pentadbiran dan Personel telah distrukturkan semula dimana ianya telah kempali ke nama asalnya Bahagian Pentadbiran & Personel cantuman yang dilakukan telah sampai titik noktah dimana pihak pengurusan dapat mengesan beberapa kelemahan walaupun sedikit sekiranya dibiarkan dikhuatiri akan menjejaskan urusan perjalanan operasi KOSWIP.
Bahagian Pentadbiran dan Personel telah diberi mandat untuk menyusun semula kakitangan pengurusan dan kakitangan sokongan agar ianya lebih teratur mengikut keperluan semasa. Pada tahun ini juga pihak anggota Lembaga telah mengiktiraf kakitangan yang menunjukkan prestasi yang baik dengan memberi kenaikan pangkat bagi mengisi kekosongan jawatan yang penting yang telah dikosongkan oleh kakitangan yang bersara.
Bahagian Pentadbiran & Personel telah merancang dan mengurus seminar dan kursus kepada kakitangan, Anggota Lembaga, JAD, KOSNITA perwakilan dan anggota KOSWIP yang dianjurkan oleh Maktab Kerjasama Malaysia, Angkasa dan pihak swasta badan-badan korporat bertujuan untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan di dalam bidang-bidang yang baru sejajar dengan konsep dan dasar koperasi yang memberi penekanan lebih terhadap keperluan latihan.
Bahagain Pentadbiran & Personel juga tidak hanya menumpukan kebajikan kepada kakitangan sahaja sebaliknya pihak pengurusan dan anggota lembaga secara bersama telah menganjurkan beberapa majlis khas untuk para perwakilan seperti majlis makan malam di KLI, Mesyuarat Agung Perwakilanan Tahunan, majlis penyerahan Zakat KOSWIP dan majlis berbuka puasa serta majlis perjumpaan anggota lembaga dengan pengerusi serta setiausaha kawasan yang bertujuan untuk mendengar dan berbincang tentang isu-isu semasa bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan KOSWIP pada masa hadapan.