Sejak penubuhannya selama 87 tahun, kegiatan memberi pinjaman adalah merupakan aktiviti tunjang KOSWIP dan akan terus dikekalkan bagi membantu anggota-anggota yang menghadapi masalah kewangan dan terus menjana keuntungan KOSWIP. Bertepatan dengan Wawasan KOSWIP, keutamaan Bahagian Kredit adalah memastikan setiap anggota yang berurusan mendapat khidmat dan layanan yang terbaik. Tahun demi tahun KOSWIP berusaha untuk mengemaskinikan produk-produk pinjaman kepada Skim Muamalat Islamiah. Alhamdulilah, dengan izin ALLAH S.W.T, akhirnya, pada 10 Ogos,2009, KOSWIP telah berjaya melaksanakan sepenuhnya Skim pembiayaan Muamalat Islamiah dan ianya jelas memberikan kepuasan kepada pihak Lembaga dan pengurusan kerana tanggungjawab KOSWIP untuk memberikan keselesaan kepada anggota dengan menjauhi amalan riba’(faedah) didalam pemberian pembiayaan. Keseluruhan pembiayaan yang diluluskan pada tahun 2009 adalah sebanyak RM 54,350,645.24 berbanding sebanyak RM 51,874,300.00 dalam tahun 2008. Tahun 2009 telah mencatatkan peningkatan pembiayaan sebanyak RM 2,476,345.24 iaitu meningkat sebanyak 4.55%. Walaubagaimanapun, Lembaga masih meneruskan dasar berhemah dan berhati-hati dalam proses penelitian permohonan pembiayaan supaya KOSWIP tidak terjebak dengan masalah hutang tertunggak yang boleh menggugat kelicinan operasi dan juga kewangan KOSWIP. Sepanjang tahun 2009, seramai 337 keanggotaan baru diterima, manakala pemberhentian pula adalah seramai 1,412 anggota. Ini menjadikan bilangan anggota berakhir pada 31 Disember,2009 adalah seramai 22,504 berbanding seramai 23,579 sehingga 31 Disember,2008 adalah. Penurunan sebanyak 4.55%. Bagi menambah keanggotaan baru, Unit Keanggotaan begitu giat mengadakan promosi-promosi keanggotaan. |
BAHAGIAN
|