BAHAGIAN KOMPUTER Fungsi bahagian Komputer ialah memproses maklumat serta menyimpan segala data anggota. Oleh itu, bahagian ini menjadi nadi kepada Koswip di mana segala permasalahan berkaitan anggota akan dirujuk dan dikenalpasti terlebih dahulu di sini. Sepanjang tahun 2009, Bahagian Komputer telah berjaya melaksanakan beberapa tugasan dengan cemerlang dan menepati kehendak pengguna terutama kakitangan dan anggota . Bahagian komputer juga sedia memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan menggunakan kepakaran yang ada bagi mencapai matlamat Koswip menuju ke arah sebuah Koperasi yang maju dan berdaya saing. KUTIPAN ANGKASA Walaupun hanya diterajui oleh seorang pengurus, seorang eksekutif dan 2 orang kerani, bahagian komputer tidak mengalami sebarang masalah berhubung kutipan dari pihak Angkasa. Dengan adanya sistem penyemakan Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA) secara on-line, kutipan dapat dilakukan secara teratur dan bersistematik. Kutipan yang diterima secara online dapat mempercepatkan proses pemindahan data ke dalam lejer anggota. Kutipan dari Angkasa pada tahun 2009 sebanyak RM 56 juta berbanding RM 58.6 juta pada tahun 2008. Perbezaan angka ini disebabkan oleh anggota yang menyelesaikan pembiayaan secara tunai kepada pihak Koswip. Namun perbezaan ini tidak mendatangkan kesan kepada Koswip kerana angka pembiayaan yang dikeluarkan meningkat setiap tahun. |
BAHAGIAN
|