Friday, June 25, 2010 8:19 PM
Keuntungan koperasi pada tahun 2009 telah menunjukkan penurunan sebanyak 8.36% berbanding tahun 2008 iaitu dari RM 15,287,628.80 juta kepada RM 14,009,147.06 juta. Ini adalah disebabkan kurangnya pinjaman yang dikeluarkan kepada anggota-anggota koperasi. Antara faktor-faktor yang menyebabkan pengeluaran pinjaman berkurangan adalah kelayakan gaji anggota koperasi yang kebanyakannya sudah melebihi dari 60% had yang ditetapkan oleh ANGKASA. PENDAPATAN Tahun 2009 telah menunjukkan penurunan dalam pendapatan koperasi sebanyak 6.83% berbanding tahun 2008 iaitu dari RM 23,780,054.34 juta kepada RM 22,155,850.43 juta . Jika dibandingkan jumlah pendapatan pada tahun 2007 dengan tahun 2009 penurunan yang dicatatkan adalah sebanyak 11.73% iaitu dari RM 25,101,249.49 juta kepada 21,155,850.43 juta. DIVIDEN Jjumlah dividen yang di bayar setiap tahun dari tahun 2002 sehingga tahun 2009. Jika dilihat pada statistik,, tahun 2007 menunjukkan jumlah keseluruhan dividen paling tinggi yang di bayar kepada anggota-anggota koperasi. Tahun 2009 mencatatkan penurunan dari segi keseluruhan jumlah dividen yang di bayar kepada anggota-anggota koperasi iaitu sebanyak RM 8,981,770.45 juta berbanding tahun 2008 iaitu sebanyak RM 9,197,279.00 juta. Walaupun jumlah keseluruhan yang di bayar semakin berkurangan tetapi KOSWIP tetap dan masih mengekalkan bayaran dividen dengan kadar 7% sejak tahun 2006.
Jumlah perbelanjaan telah menunjukkan penurunan sebanyak 4.07% berbanding tahun 2008. Belanja koperasi telah menurun dari RM 8,492,425.54 juta pada tahun 2008 kepada RM 8,146,703.37 juta pada tahun 2009. Perbezaan penurunan ini adalah sebanyak RM 345,722.17. Ini menunjukkan kesungguhan ahli lembaga dan pihak pengurusan koperasi dalam mengawal selia perbelanjaan memandangkan pendapatan pada tahun ini telah berkurangan.
|
BAHAGIAN
|