Penerangan Ar-Rahnu-KOSWIP KOSWIP akan memperkenalkan perniagaan iaitu Ar-Rahnu x’ Change (Pajak Gadai Islam). Lokasi perniagaan ini dijangka akan beroperasi di alamat: No. 78, Jalan Padang Belia off Jalan Tun Sambanthan, Talian Untuk Dihubungi: 03-2273 5422 Ar-Rahnu; mekanisma dimana sesuatu barang yang berharga dijadikan sandaran keatas hutang. Tiada unsur riba’ keatas pinjaman tetapi ianya upah menjaga barang cagaran sahaja yang dikenakan. Al-Qardul Hassan: Pinjaman ihsan yang diberikan adalah bebas dari unsur riba’ dan faedah. Al-Wadiah: Akad untuk menjaga keselamatan barang yang dicagar.Setiap barang kemas yang disimpan akan dikenakan upah simpan dengan kadar tertentu. Al-Qard: Adalah merujuk kepada simpanan yang diberikan mengikut peratusan tertentu kepada nilai marham. Kenapa Perlu Memilih Ar-Rahnu KOSWIP 1. Urusan adalah mengikut syariah. 2. Cepat dan mudah 3. Barang gadaian dijamin keselamatannya. 4. Upah simpan yang rendah. 5. Kadar upah yang tetap. 6. Tempoh gadaian lebih lama. 7. Tiada caj pemprosesan. 8. Cepat dan mudah 9. Lebihan hasil lelongan akan dikembalikan. Pilihlah Ar-Rahnu KOSWIP untuk mendapat keuntungan yang lebih baik dan keselamatan barangan yang lebih terjamin. Insya Allah. |