Albaina
 
   


PEMBIAYAAN PERIBADI BAI’ AL INAH

Tujuan Pembiayaan
Menyediakan pembiayaan kepada anggota yang memerlukan wang tunai untuk pelbagai
kegunaan. Antara keperluan tunai anggota adalah adalah seperti :-

Perjalanan keluar negeri.
Pelajaran di peringkat tinggi anggota dan tanggungan.
Membina, membeli atau memperbaiki rumah.
Membeli tanah.
Perbelanjaan untuk maksud agama /perayaan Hari Kebesaran.
Perbelanjaan perubatan anggota dan tanggungan.
Perbelanjaan perkahwinan anggota dan tanggungan .

Pembelian perabut dan kelengkapan rumah.
Maksud-maksud lain yang dipertimbangkan oleh Lembaga.

Had Pembiayaan
Jumlah maksima pembiayaan ini ialah sejumlah RM 150,000.00.
Pembiayaan ini dihadkan kepada dua puluh lima (25) bulan jumlah pendapatan pemohon
dicampurkan modal yuran terkumpul semasa anggota, mengikut yang mana lebih
rendah.

Tempoh Bayaran Balik
Bayaran balik pembiayaan bermula dari bulan berikutnya setelah pembiayaan dikeluarkan sehingga tamat tempoh pembiayaan.

Pembiayaan RM5,000.00 ke bawah - 60 bulan.
Pembiayaan RM5,001.00 hingga RM10,000.00 - 72 bulan.
Pembiayaan RM10,001.00 hingga RM 150,000.00 - 180 bulan.

Pembiayaan Bertindih
Kecuali dengan kebenaran Lembaga pembiayaan bertindih dibenarkan selepas bayaran
ansuran pembiayaan telah dibayar sebanyak enam (6) kali bayaran.

Semua baki pembiayaan lama ditolak daripada jumlah pinjaman yang diluluskan.

Kadar Pengambilan Keuntungan

Semua jenis pembiayaan yang dikeluarkan akan dikira kadar pengambilan untung seperti berikut:-

Tempoh Pembiayaan Kadar Pengambilan Keuntungan

12 bulan - 36 bulan 3.25% setahun
37 bulan - 60 bulan 4.75% setahun
61 bulan - 96 bulan 4.85% setahun
97 bulan - 132 bulan 5.20% setahun
133 bulan - 180 bulan 5.35% setahun

Download borang pembiayaan Bai' Al-Inah
Download jadual pembiayaan Islamik